Selamat datang para Mafia FB sekelian. Blog ini diciptakan hasil idea dari Aza. Kemudian aku pula men'design blog ni mengikut tema FB. Blog ini diwujudkan untuk kita semua meng'express'kan apa sahaja yang terpendam dalam diri tidak kira dalam bentuk penulisan (seperti cerpen, kisah hidup, dll), gambar (gambar lucu, kenangan, ngeri dll) dan juga video (video lucu, bongok, dll). Tiada had atau tema untuk blog ini. Semuanya bebas! (Tapi siapa yang lebih2 akan kena libas dengan paip besi!)
Sesiapa sahaja boleh menjadi author (penulis) blog ini terutamanya ahli kelab FB kita (yang sekarang menggunakan nama Kelab Mafia FB) dengan memberi alamat email korg kepada aku. Admin akan menghantar invitation/jemputan menjadi author ke dalam email korg. Apa yg perlu korg buat adalah accept invitation itu dgn klik link yang diberi (Link ni takde virus ok, bukan macam link "How are you" yang aza bagi hari tu).
Cara nak Post:
1. Terima invitation menjadi author terlebih dahulu.
2. Pastu boleh pi ke www.blogger.com
3. Isi alamat email dan password email.
4. Klik New Post
5. Letak tajuk di bahagian Title dan taip apa sahaja kehendak hati di ruangan kosong.
Sebaik-baiknya letak gambar untuk lebih cantik di muka depan blog.
6. Isi bahagian Label. Klik Show all untuk melihat label yang sedia ada. Pilih label yang berkenaan.
7. Klik Preview untuk pra-tonton jika mahu.
8. Klik Publish Post untuk memasukkan post anda ke dalam blog.
Akhir kata, jika ada masalah sila hubungi aku kat FB. Jika nak cari masalah sila cari Hain dan Bling2. Jika ada masalah batin, cari Raja Pisang. Jika masalah grill pintu, cari Max Airish. Jika ada masalah rakyat, cari Yat Famosa. Kalau nak import export, boleh jumpa Seniman Menangis. Dan jika ada masalah kereta takde minyak, cari Azarudin Bocheh. Sekian Terima Kasih.
Yang Menjalankan Tugas,
Abang Kawasan Zon Tengah.