Salam dari Baju Melayu Merah


Baju Melayu warna merah,
Dan songkok yang baruku beli,
Uniform hari raya,
Buat kali ini.

Moga esok tidak terpalit noda,
Dengan segala rendang, lodeh dan kuah kacang,
Moga ia kekal indah dan suci,
Seindah dan sesuci aidilfitri.

Baju Melayu warna merah,
Buat laraman hari lebaran,
Semarak hati seluas syahadah,
Tulus takbir mengukir senyuman.

Salam ikhlas,
Salam kemaafan,
Salam keindahan,
Dari aku buat kalian.


Yang berbaju Melayu merah,

FB in kelate language!


sepasang mata....

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
~> baca cerita nie <~

Pada zaman dulu, ade seorg wanita bangsawan yg cntik memakai purdah dn d sukai ramai lelaki ajnabi, dia mempunyai seorg hamba wanita, pada 1 hari ade seorg lelaki ajnabi b'rkata pada hamba wanita bgsawan itu

"katakan pada tuanmu yg aq rindu padanya dan amat menyukai matanya, aq t'tbayang2 akannya'', dn hamba itu pun pulang dn menceritakan pada tuannya.....

keesokan harinya hamba itu membawa sekotak sambil menangis t'resak2 kpd lelaki ajnabi itu, lelaki itu membuka kotak itu alangkah t'rkejutnya lelaki itu kerana ade spsg mata d dlm kotak itu, hamba wanita bgsawan itu tadi b'rkata

''tuan ku sggp mengorbankan matanya demi menjaga dipandang oleh lelaki ajnabi, menjaga hubunganya dengan Allah dn kerana takutnya dengan Allah"

~ MASYAALLAH, SUBHANALLAH ~sangat suka cerita ni....mampukah saya untuk jadi seperti wanita dm cerita ini...??

Kata Alu-aluan dan Panduan


 Selamat datang para Mafia FB sekelian. Blog ini diciptakan hasil idea dari Aza. Kemudian aku pula men'design blog ni mengikut tema FB. Blog ini diwujudkan untuk kita semua meng'express'kan apa sahaja yang terpendam dalam diri tidak kira dalam bentuk penulisan (seperti cerpen, kisah hidup, dll), gambar (gambar lucu, kenangan, ngeri dll) dan juga video (video lucu, bongok, dll). Tiada had atau tema untuk blog ini. Semuanya bebas! (Tapi siapa yang lebih2 akan kena libas dengan paip besi!)

Sesiapa sahaja boleh menjadi author (penulis) blog ini terutamanya ahli kelab FB kita (yang sekarang menggunakan nama Kelab Mafia FB) dengan memberi alamat email korg kepada aku. Admin akan menghantar invitation/jemputan menjadi author ke dalam email korg. Apa yg perlu korg buat adalah accept invitation itu dgn klik link yang diberi (Link ni takde virus ok, bukan macam link "How are you" yang aza bagi hari tu).

Cara nak Post:
1. Terima invitation menjadi author terlebih dahulu.
2. Pastu boleh pi ke www.blogger.com
3. Isi alamat email dan password email.
4. Klik New Post
5. Letak tajuk di bahagian Title dan taip apa sahaja kehendak hati di ruangan kosong.
    Sebaik-baiknya letak gambar untuk lebih cantik di muka depan blog.
6. Isi bahagian Label. Klik Show all untuk melihat label yang sedia ada. Pilih label yang berkenaan.
7. Klik Preview untuk pra-tonton jika mahu.
8. Klik Publish Post untuk memasukkan post anda ke dalam blog.

Akhir kata, jika ada masalah sila hubungi aku kat FB. Jika nak cari masalah sila cari Hain dan Bling2. Jika ada masalah batin, cari Raja Pisang. Jika masalah grill pintu, cari Max Airish. Jika ada masalah rakyat, cari Yat Famosa. Kalau nak import export, boleh jumpa Seniman Menangis. Dan jika ada masalah kereta takde minyak, cari Azarudin Bocheh. Sekian Terima Kasih.


Yang Menjalankan Tugas,

Abang Kawasan Zon Tengah.

Cars used in Movies


















Mari kita tonton hantu



eh! macam Nor lar!




huuyyoo macam aza lar!




yg ni mesti korang suka kan!

Kekuatan dalaman bermula dari...???

ZAKAR....
muahahahahahahahaha

Buah-buahan

Hari-hari makan buah,
hari ni aku taknak makan buah aku nak makan nasik hahaha...

Seram tak seram tp memang seram...


Misteri, sesuatu yg sukar dirungkai.. sukar ditafsir dan sukar dipercayai oleh sesiapapun..

Hantu...
ada yg percaya dan ada yg xpercaya lgsg.. mcm aku.. entah ler.. percaya sgt xlah tp aku tau kewujudan 'mereka'..

Baru2 nie, gempar kisah seram di ofis aku..

Berlaku jam 2.00 pagi 19/7..
ketika itu kami semua sedang sibuk menyiapkan data2 penting utk dibentangkan esok pagi..
ketika tu aku dah balik dah, penat sgt.. so yg tingal dua mamat yg berhati waja utk meneruskan kerja2 tersebut.. sorg di tgkt 3 dan sorg di tgkt 2..

Kisah di tgkt 2...
jam sudah menghampiri jam 2 pagi, abg jakpo tetap meneruskan tugas2 terakhirnya.. yer lah esok nak kena present kat org beso, kena ler tunjuk yg terbaik.. sedang leka abg jakpo melakukan tugas2nya, tetiba hati dia tergerak utk menoleh/memandang kehadapan.. arah bilik big bos no 2.. masyallah.. kejang seluruh badan..

"ish, kenapa lah time camnie ko muncul" kata abg jakpo dlm hati..
tingkah lakunya dh tak keruan.. meremang seluruh badan.. rasa nak pitam pun ada..
"sebelum apa2 berlaku, baik aku chow".. dia memandang semula ke arah bilik tu.. dah xder.. trus shut down pc.. tanpa menoleh lagi.. trus kluar dgn langkah seribu...

Kisah tgkt 3...
"senangnya dlm hati, kalo beristeri dua.. lalalalaa".. merdu gak aku nyanyi.. kikiki.." kata yanto sorg2.. "ish! mana jakpo nie, kata nk tlg aku tampal carta, dh pukul 2 nie" ngadu yanto dlm hatinya smbl menjeling ke arah jam dinding...
sedang leka melakukan tampalan carta sambil bersiul2, tiba2 dia terdengar sesuatu..
"ahh, tikus agaknya".. dia trus melakukan kerjanya..
"strett... streett.." ... bunyi tu makin kuat kedengaran...
"alamak, xboleh jadi nie....."

2 kisah dlm 1 masa.. saje nk menonjolkan diri agaknya...
sebenarnya, apa yg abg jakpo nmpk adalah 'seorg' pompuan berambut panjang tanpa muka
mengintai dr pintu bilik big bos no 2 kitaorg.. bilik tersebut betul2 depan bilik kitaorg.. jarak cuma 2 depe jer.. pintu kluar plak hanya sedepa dr blk bos dan blk kitaorg.. kalo akulah.. pengsan dah kot.. hehe..

yang kes yanto plak, dia dgr bunyi org merangkak kat atas siling.. aku ckp ntah2 kucing kot.. dia kata bukan.. bunyi org merangkang perlahan... peh seram siut...

aku menaib nie pun dh meremang bulu roma aku.. siap pasang cd ayat qursi gan surah yasin lagi..

menurut kata org2 lama.. opis nie mmg keras.. tempat penyinggahan 'org2' tersebut.. peh!!!

ada lg kisah seram... nntlah aku cite...

Penyamar FB (skuad Mafia FB menerjah)


Facebook adalah satu media komunikasi baru yang amat meluas penggunaannya pada masa sekarang. Hubungan manusia antara manusia tidak lagi terkongkong dalam perhubungan secara fizikal kerana Facebook 'membenarkan' penggunanya berinteraksi hanya di depan komputer sahaja.

Istilah sosial manusia seperti berkawan, berbincang, bertekak, bergaduh, bercinta dan putus cinta yang dulunya berlaku di alam fizikal telah diterjemahkan ke dalam bentuk maya di dalam Facebook. Malah ia telah mempercepatkan interaksi itu berlaku dan juga meningkatkan intensiti hubungan tersebut. Sebagai contoh, seseorang pengguna FB itu boleh jatuh cinta dengan pengguna FB lain hanya selepas beberapa minit mereka berkenalan. Beberapa minit kemudian, pergaduhan maya pula boleh terjadi antara mereka. Dan perpisahan juga boleh berlaku hanya berberapa minit selepas pergaduhan tadi, tidak seperti hubungan fizikal yang memerlukan tempoh masa yang agak panjang untuk perkara itu berlaku.

Okeh, sekarang kita bercakap mengenai Penyamar FB. Seperti yang semua tahu, di dalam FB, kita mengenali seseorang hanya melalui skop yang sempit. Informasi mengenai seseorang itu kita dapatkan dari apa yang ditulis oleh empunya profile. Andai profile itu menulis dia adalah pegawai bank, maka kita cenderung membayangkan dia sebagai seorang pegawai bank. Andai profile itu mengatakan dia adalah pengurus syarikat perkapalan, maka kita cenderung menganggap dia itu seorang pengurus perkapalan dan seterusnya. Justeru, di sinilah permainan sang penyamar FB bermula.

Penyamar FB adalah seorang yang menggunakan profile palsu dalam berinteraksi dengan pengguna-pengguna FB yang lain. Tujuan mereka ini mungkin perlbagai. Mungkin ada yang membuat profile palsu demi melarikan diri dari realiti hidup mereka. 

Sebagai contoh, si X membuat satu profile yang mempamerkan bahawa dia seorang yang kaya-raya, berpangkat, dan berketurunan mulia. Namun pada realitinya, X adalah seorang kuli yang sering dimarahi oleh majikannya. Maka FB palsu menjadi suatu wadah dia melarikan diri dari kekusutan hidupnya.

Ada juga menjadi Penyamar FB kerana kesunyian dan kurang kasih sayang. Mungkin dia merasakan jika dia meletakkan gambar sebenar, orang tidak akan mahu berkawan dengannya (rasa rendah diri). Maka dia pun membuat satu profile palsu menggunakan gambar wanita/pemuda yang cantik/hensem. Dengan itu dia mendapat perhatian dari ramai pengguna-pengguna FB yang kebanyakkannya suka memandang kepada luaran semata-mata.

Ada pula yang menjadi Penyamar FB kerana ingin mengintip kegiatan sang suami. Si isteri menyamar menjadi profile yang jelita, kemudian add sang suami, dan kemudian cuba melihat reaksi suami. Adakah suaminya itu seorang alim? atau seorang kucing gatal? atau alim-alim kucing?

Namun Penyamar FB seperti di atas tidaklah merbahaya seperti Penyamar FB yang bertujuan untuk mengikis duit orang. Modal mereka hanyalah gambar yang menarik dan kata-kata yang memikat kalbu. Target mereka tentulah pengguna yang berduit dan kesunyian. Diorang ni punyalah 'pakar' sampai mangsa boleh keluarkan seluruh simpanan duit dari bank untuk diberikan kepada sang penyamar, walaupun mereka tak pernah bertemu muka.

Aku sebenarnya tak kisah pun dengan sang Penyamar FB ni.. Kadang-kandang aku pun melayan juga mereka ni atas dasar kemanusiaan.. hehe... Jika rasa mereka mula melampau, kita remove sahaja, apa susah. Tak perlulah serius sangat dengan FB ni.. Ye tak?!

TERJAH: 
Baru-baru ni ada seorang perempuan (atau lelaki? ntah le) add aku dalam FB dengan menggunakan ID Tengku Aleesha (Perghhh.. sedap namanya tu). Seperti biasa bila orang add aku akan bertanya khabar melalui chat. Maka sesi terjah skuad Mafia FB pun bermula!

Kemudian aku check gambar-gambar Tengku Aleesha. Dan sebagai umpan aku akan memuji gambar tersebut. Bila Tengku cakap "Terima Kasih", maksudnya dia bersetuju itu gambar-gambar dia. Untuk kepastian aku akan bertanya dia ambil gambar ni di mana dan sebagainya. Bila dia menjawab, dia ambil gambar ni masa balik raya ke atau seumpamanya, sekali lagi ia bermaksud dia bersetuju itu gambar-gambar dia.

 
Step seterusnya adalah untuk memastikan gambar itu milik siapa sebenarnya. Maka aku menggunakan kepakaran internet aku (chewahh) untuk mencari pemilik gambar-gambar tersebut. Dan hasilnya adalah:

Gambar pertama:

Gambar ini sebenarnya berlambak di internet. Ia milik seorang gadis Indonesia yang aku malas nak cari namanya. Di bawah adalah gambar sebenar yang aku ambil dari sebuah forum Indonesia.


Gambar Kedua:
Gambar ini sebenarnya gambar profile asal Tengku Aleesha. Tapi bila aku bertanya mengenai gambar-gambar dia, terus dia tukar gambar mata berdarah. hahaha

Gambar yang kedua ini sebenarnya adalah gambar penyanyi Indonesia yang bernama Dara Rizki Ruhiana (sedap nama tu.. macam nama nenek saya..). Gambar asal seperti di bawah:


Makanya kawan-kawan, apa ertinya semua itu ya? Adakah Tengku Aleesha in benar-benar Penyamar FB? Jika ya, apa motifnya? kesunyian? melarikan diri dari realiti? bapok gersang? Entahlah, wallahualam! Jika aku tersilap, aku memohon berbanyak maaf kepada mereka yang berkaitan.

Aku menulis perkara ini bukan untuk memalukan sesiapa ataupun ingin mengutuk sesiapa. Aku menulis sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian. Tak salah berkawan dengan mereka ini. Cuma dalam berkawan kita perlu berhati-hati, takut kita berkawan dengan fantasi. Jangan sampai tergadai duit dan maruah diri. Sekian, jauhi diri anda daripada misteriiiii.....


Anti islam

Korang jgn memandai mandai pegi like plak yeaa.....dulu kes makcik hajjah siti whatever lahh...puas aku buat aduan melalui email ke SKMM....ini sekadar peringatan kita bersama...

Gif. Animasi Yang Mafia (part 1)

Hobi Monalisa apabila ada masa terluang.


Kaedah paling kejam untuk menyeksa orang lelaki!


Jatuh motor? Apa ada hal!!


Wahh... Macam Hain larinya!!


Err... Aku tak tau nak tafsirkan gambar animasi ni..

Masa Untuk Ghaib! tink! tink! tink! tink!




Takpe aku sedar kawan bukan untuk ku
Aku sedar aku tak semampu itu
Aku sedar aku punya pelbagai kelemahan
Aku sedar aku tak layak di sisi kalian
Aku sedar siapa diriku
Aku sedar aku tak sepatutnya berasa selesa
Aku sedar kesedihanku kegembiraan kamu semua
Aku sedar aku tak sehebat kamu
Jadi biarlah aku terbang dan pergi jauh dari duniamu
Biarlah aku lari dengan laju hingga kau tak mampu kejari aku
Biarlah aku ghaib dari pandangan kamu semua
Dan aku pergi dengan rela

Iklan yg Lucu Gile!

Antara iklan-iklan yang lucu yang di tayangkan di luar negara.

Papan tanda yang amat bijak!

Aku hidup di zaman batu...



Peristiwa pagi hari... Ada seorg akak ni tgh cucuk kad pada mesin ATM CIMB. Aku beratur di belakangnya.

Aku: Aslkum kak. Kad tu tak bleh guna kat sini.

Kak: (sambil jeling tajam), Memang la ini mesin ATM CIMB, tapi walau akak punya kad Maybank, tetap boleh guna sebab ada sistem MEPS! Tak tau ke sistem MEPS?!

Aku: er...

Kak: Zaman batu dulu memangla tak bleh guna ATM dan kad yang berlainan bank! Ish! (sambil geleng-geleng kepala)..

Akak tu terus tekan2 button ATM tu tapi kad tu keluar balik. "Ish.. Kenapa plak ni" rungut akak tersebut. Lepas tu baru dia perasan kad yang dia guna tu kad MESRA Pertronas! Tanpa menoleh kiri kanan, terus dia berlalu pergi!

Aku: Wakakakakakaahaha (dalam hati)!