Facebook adalah satu media komunikasi baru yang amat meluas penggunaannya pada masa sekarang. Hubungan manusia antara manusia tidak lagi terkongkong dalam perhubungan secara fizikal kerana Facebook 'membenarkan' penggunanya berinteraksi hanya di depan komputer sahaja.
Istilah sosial manusia seperti berkawan, berbincang, bertekak, bergaduh, bercinta dan putus cinta yang dulunya berlaku di alam fizikal telah diterjemahkan ke dalam bentuk maya di dalam Facebook. Malah ia telah mempercepatkan interaksi itu berlaku dan juga meningkatkan intensiti hubungan tersebut. Sebagai contoh, seseorang pengguna FB itu boleh jatuh cinta dengan pengguna FB lain hanya selepas beberapa minit mereka berkenalan. Beberapa minit kemudian, pergaduhan maya pula boleh terjadi antara mereka. Dan perpisahan juga boleh berlaku hanya berberapa minit selepas pergaduhan tadi, tidak seperti hubungan fizikal yang memerlukan tempoh masa yang agak panjang untuk perkara itu berlaku.
Okeh, sekarang kita bercakap mengenai Penyamar FB. Seperti yang semua tahu, di dalam FB, kita mengenali seseorang hanya melalui skop yang sempit. Informasi mengenai seseorang itu kita dapatkan dari apa yang ditulis oleh empunya profile. Andai profile itu menulis dia adalah pegawai bank, maka kita cenderung membayangkan dia sebagai seorang pegawai bank. Andai profile itu mengatakan dia adalah pengurus syarikat perkapalan, maka kita cenderung menganggap dia itu seorang pengurus perkapalan dan seterusnya. Justeru, di sinilah permainan sang penyamar FB bermula.
Penyamar FB adalah seorang yang menggunakan profile palsu dalam berinteraksi dengan pengguna-pengguna FB yang lain. Tujuan mereka ini mungkin perlbagai. Mungkin ada yang membuat profile palsu demi melarikan diri dari realiti hidup mereka.
Sebagai contoh, si X membuat satu profile yang mempamerkan bahawa dia seorang yang kaya-raya, berpangkat, dan berketurunan mulia. Namun pada realitinya, X adalah seorang kuli yang sering dimarahi oleh majikannya. Maka FB palsu menjadi suatu wadah dia melarikan diri dari kekusutan hidupnya.
Ada juga menjadi Penyamar FB kerana kesunyian dan kurang kasih sayang. Mungkin dia merasakan jika dia meletakkan gambar sebenar, orang tidak akan mahu berkawan dengannya (rasa rendah diri). Maka dia pun membuat satu profile palsu menggunakan gambar wanita/pemuda yang cantik/hensem. Dengan itu dia mendapat perhatian dari ramai pengguna-pengguna FB yang kebanyakkannya suka memandang kepada luaran semata-mata.
Ada pula yang menjadi Penyamar FB kerana ingin mengintip kegiatan sang suami. Si isteri menyamar menjadi profile yang jelita, kemudian add sang suami, dan kemudian cuba melihat reaksi suami. Adakah suaminya itu seorang alim? atau seorang kucing gatal? atau alim-alim kucing?
Namun Penyamar FB seperti di atas tidaklah merbahaya seperti Penyamar FB yang bertujuan untuk mengikis duit orang. Modal mereka hanyalah gambar yang menarik dan kata-kata yang memikat kalbu. Target mereka tentulah pengguna yang berduit dan kesunyian. Diorang ni punyalah 'pakar' sampai mangsa boleh keluarkan seluruh simpanan duit dari bank untuk diberikan kepada sang penyamar, walaupun mereka tak pernah bertemu muka.
Aku sebenarnya tak kisah pun dengan sang Penyamar FB ni.. Kadang-kandang aku pun melayan juga mereka ni atas dasar kemanusiaan.. hehe... Jika rasa mereka mula melampau, kita remove sahaja, apa susah. Tak perlulah serius sangat dengan FB ni.. Ye tak?!

TERJAH:
Baru-baru ni ada seorang perempuan (atau lelaki? ntah le) add aku dalam FB dengan menggunakan ID Tengku Aleesha (Perghhh.. sedap namanya tu). Seperti biasa bila orang add aku akan bertanya khabar melalui chat. Maka sesi terjah skuad Mafia FB pun bermula!
Kemudian aku check gambar-gambar Tengku Aleesha. Dan sebagai umpan aku akan memuji gambar tersebut. Bila Tengku cakap "Terima Kasih", maksudnya dia bersetuju itu gambar-gambar dia. Untuk kepastian aku akan bertanya dia ambil gambar ni di mana dan sebagainya. Bila dia menjawab, dia ambil gambar ni masa balik raya ke atau seumpamanya, sekali lagi ia bermaksud dia bersetuju itu gambar-gambar dia.
Step seterusnya adalah untuk memastikan gambar itu milik siapa sebenarnya. Maka aku menggunakan kepakaran internet aku (chewahh) untuk mencari pemilik gambar-gambar tersebut. Dan hasilnya adalah:
Gambar pertama:
Gambar ini sebenarnya berlambak di internet. Ia milik seorang gadis Indonesia yang aku malas nak cari namanya. Di bawah adalah gambar sebenar yang aku ambil dari sebuah forum Indonesia.
Gambar Kedua:
Gambar ini sebenarnya gambar profile asal Tengku Aleesha. Tapi bila aku bertanya mengenai gambar-gambar dia, terus dia tukar gambar mata berdarah. hahaha
Gambar yang kedua ini sebenarnya adalah gambar penyanyi Indonesia yang bernama Dara Rizki Ruhiana (sedap nama tu.. macam nama nenek saya..). Gambar asal seperti di bawah:
Makanya kawan-kawan, apa ertinya semua itu ya? Adakah Tengku Aleesha in benar-benar Penyamar FB? Jika ya, apa motifnya? kesunyian? melarikan diri dari realiti? bapok gersang? Entahlah, wallahualam! Jika aku tersilap, aku memohon berbanyak maaf kepada mereka yang berkaitan.
Aku menulis perkara ini bukan untuk memalukan sesiapa ataupun ingin mengutuk sesiapa. Aku menulis sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian. Tak salah berkawan dengan mereka ini. Cuma dalam berkawan kita perlu berhati-hati, takut kita berkawan dengan fantasi. Jangan sampai tergadai duit dan maruah diri. Sekian, jauhi diri anda daripada misteriiiii.....


5 comments:
DASAT KO..
hehehehehehehehe, budak sama maa, ko tengok arr, bebalik bebudak kita gak yang dia add....
Itulah.. dari gaya dia pun memang dia.. hehehe.. Kesiaaannn..
kompom terkejil beb...muahahahhahahaha
hebat betul penyamaran nyer... terror lar alib dpt terjah.. aku salut ko lin
Post a Comment